Mengenai Saya

Foto saya
Puchong, Selangor, Malaysia

About Us

                              Assalamualaikum... Terima kasih pada mereka yang sudi mengunjungi blog saya yang tak seberapa ni.. (^_^) Permulaan tercetusnya idea untuk buat blog Keluarga Alif bile aku tengok cerita kat astro iaitu Keluarga Iskandar.. Ceritanya memang menarik.. Harap-harap apabila anak-anak aku dah besar dia akan baca blog ni, cerita mengenai keluarga aku. :) Pertama sekali aku akan ceritakan bagaimana aku mengenal isteriku sekarang...

                                Kalau ditanyakan tarikh memang aku tak ingat bile aku kenal dia. Biasalah, lelaki.. Mana nak ingat tarikh-tarikh ni sume.. Hehehe... Yang pasti aku mula mengenal isteri aku pada tahun 2005. Aku berkerja sebagai jurujual jualan langsung dia pulak kerja sebagai jurujual di sebuah kedai baju di ampang park. Kalau dah nama jurujual jualan langsung tu, memang pekara biasa kena tebalkan muka ni pergi jumpa orang.. Waktu tu walaupun aku kerja mcm tu kira popular gak aku.. Hahaha..(mula perasan). Berbalik pada cerita, hari tu boleh dikatakan bermulanya hubungan persahabatan aku dengan dia.. Setiap kali aku datang KLCC pasti aku akan singgah kedai dia untuk berborak, dan lepak2. Kemudian aku dapat tawaran sambung belajar di UITM. Untuk sem pertama aku belajar di UITM Shah Alam dan Sem kedua aku dihantar ke UITM Penang. Tapi sebelum aku dihantar ke UITM penang bermula la detik2 cinta antara aku dan dia selepas setahun berkenalan.
                                      Ketika belajar di UITM pada sem3 aku buat keputusan yang sangat berat bagi diriku. Aku tak mampu lagi untuk belajar. Ketiak tu banyak faktor yang menyebabkan aku berhenti belajar. Kewangan, roommate, dan kos yang aku bawa. Mungkin keputusan aku tu sedikit sebanyak mengecewakan keluarga aku. Terutama Arwah ibu. Aku sorang harapan dia untuk belajar tinggi tapi aku kecewakan dia. :'( Tapi setiap yang berlaku ada hikmahnya.. Setahun selepas aku berhenti belajar, Ibu pula jatuh sakit. Selama 2 hingga 3bulan ibu keluar masuk hospital. Doktor kata ibu tak boleh dirawat. Lukimia tahap kritikal. Pada Bulan feb atau Mac 2007, Malaikat telah mencabut nyawanya.. Kehilangan besar buat keluarga aku . Tahun 2003  ayah meninggalkan kami dan tahun 2006 ibu pula menyahut panggilan ilahi..
                                      Walau apa pun hidup mesti diteruskan.. Selepas beberapa bulan ibu meninggalkan kami, setiap seorang dari kami dapat wang KWSP kepunyaan arwah ibu. Banyak jugala dapat.. Duit tu aku terpikir nak buat apa ye.. Kakak dan mak cik aku nasihatkan guna duit tu untuk kahwin. Terus aku capai telefon dan menghubungi wani yang berada di kg dan aku cakap, "Syg, jom kawin, bulan 8 ni boleh?". Dia terkedu tak tau nak ckp apa... hehehe... Aku ckp nga dia tunang bulan 6 nikah bulan 8 dan suruh dia berbincang dengan keluarganya.. Keluarga dia bersetuju akhirnya kami tunang pada bulan 6. Aku ckp nak tunang 2 minggu sebelum tarikh tunang.. :) Memang betul kata orang tunang ni mcm2 dugaan. Nasib baik aku tunang sekejap je.. heheh Tanggal 31 Ogos 2007 aku di ijab kabulkan dengan Zawani bt Mohd Yussof. Alhamdulillah.. Aku bersyukur pada mu Ya Allah.. Aku bernikah dengan isteriku hasil tinggalan  harta dari arwah ibu. Aku memohon pada mu Ya Allah, setiap pahala yang aku perolehi dari ikatan ini, kau salurkanlah pada ibubapa ku.  Al-Fatihah..... 

0 comments:

Catat Ulasan